"Dengan ini, saya bersetuju menjadi isterinya...", mungkin itulah yang ditandatangani oleh isteri saya pada waktu itu.
"So.. Fariq, amacam?", tanya kawan saya di pejabat. Kebetulan, kawan saya ada yang bakal kahwin pada bulan hadapan. Saya tersenyum. Mungkin beliau mahu meminta 'fatwa' daripada saya sebagai seorang suami bergelar juruaudit.
Menjadi suami seorang juruaudit bukanlah sesuatu yang mudah, bahkan perlukan kefahaman dan pengorbanan dari seorang isteri. Mereka perlu tahu 'nature' juruaudit adalah masa pulang ke rumah yang tidak menentu. Jika seorang juru audit asyik 'concern' mengenai 'nature of balances' pada baki-baki akaun yang material, seharusnya mereka juga kena faham 'nature' (peranan) seorang suami kepada isteri yang merinduinya selalu.
Saya sering juga ditegur oleh ibu saya, "kerja-kerja juga, fariq... tapi hazirah kat rumah tu... kesian dia sorang-sorang....". Betul apa yang ibu katakan, tapi kadang-kadang saya berasa dalam dilema. Nak tumpu kepada isteri, kerja dipejabat tak berjalan. Natijahnya, dimarahi majikan lalu memberi kesan kepada prestasi kerja saya.
Boleh sahaja saya tumpukan dengan kerja saya dipejabat. Itulah untungnya bila berkahwin dengan isteri yang datang dalam satu jalan juang yang sama. Susah payah itu macam sudah biasa, kalau isteri ditanya, "tak ape ke seorang diri?" "Tak pelah, bang... Zira OK je...". Bertambah sayang dibuatnya. Kerana itulah, kita makin jadi serba salah. Memang tak boleh punya lah nak tinggal lama. Teringat.
"Wah...! Ini rupanya skill seorang isteri mujahidah!"
sumber
0 komentar:
Posting Komentar
Catatan: Hanya anggota dari blog ini yang dapat mengirim komentar.