Ramadhan sekali lagi mengucapkan 'Ilal liqa' (Jumpa Lagi) kepada kita semua. Kesedihannya sedikit sebnyak terasa, sehingga terasa 'menyampah' nak dengar lagu-lagu raya yang dipasang dalam 10 hari 'pembebasan dari api neraka' ini.

"Jika kamu berpuasa kerana Ramadhan, maka ketahuilah bahawa Ramadhan itu bakal berakhir, tetapi jika kamu berpuasa kerana Allah, maka ketahuilah bahawa Allah itu kekal selamanya"

Inilah kata-kata yang masyhur yang diketengahkan oleh beberapa ulama' mengenai Ramadhan. Diambil daripada kata-kata Saidina Abu Bakar (kalau tak silap saya, mohon diperbetulkan kalau salah) ketika ramai sahbat menangisi pemergian baginda Rasulullah SAW. Kata-kata ini di'pinjam' bagi sama-sama kita memperbetulkan niat, Insya Allah.

Ramadhan adalah bulan 'bonus'. Bonus dunia dan akhirat. Saya yakin dan percaya, pada bulan ini lah bonus 2-3 bulan dalam tangan, tak kira juga 'advance' gaji diberikan kepada majikan yang prihatin. Namun dalam keseronokan kita meraih bonus ini, kita seolah-olah tidak sedar, berapa banyak BONUS AKHIRAT yang telah kita raih?

Tiga checklist asas bagi muslimin untuk kita semua :

1. Solat Fardhu dan Solat Sunat Terawikh cukup 30 bulan berjemaah di masjid?
2. Al-Quran cukup 30 Juz' kita khatamkan?
3. Tahajjud cukup 10 malam terakhir kita kerjakan?
4. Puasa cukup 30 hari? (berat nanang kalau tak cukup nih, huhu...)

Moga semua amalan kita di dalam bulan Ramadhan ini diterima Allah, insya Allah. Moga kita berjaya meraih Rahmat, Keampunan, dan Pembebasan dari Api Neraka.

TAQABBALALLAHU MINNA WAMINKUM....



M24 : Sesiapa yang jadi artis, tolonglah buat lagu-lagu Lailatul Qadar banyak-banyak sikit untuk 10 malam Ramadhan yang terakhir ni, tertekan dengar lagu Raya...



sumber

0 komentar:

Posting Komentar

Catatan: Hanya anggota dari blog ini yang dapat mengirim komentar.

 
Top